Januari 16, 2014

Pinjaman Perumahan

perumahan
Kami menawarkan perkhidmatan perundingan pinjaman perumahan secara percuma. Panel kami terdiri daripada bank-bank antarabangsa, bank-bank tempatan dan juga institusi kewangan lain seperti MBSB dan syarikat insurans. Kami boleh mencari pakej pembiayaan perumahan yang paling sesuai untuk anda.

Pinjaman untuk Pembelian Hartanah

Kami bantu pembeli hartanah mencari pakej pembiayaan dengan ciri-ciri berikut:

  • Pakej pinjaman dengan kadar untung paling rendah?
  • Pakej dengan margin of financing yang paling tinggi?
  • Gagal dapat pinjaman? Anda boleh cuba perkhidmatan kami untuk mencari bank yang mempunyai syarat paling longgar.
  • Pembiayaan dengan lock-in period yang paling singkat

Refinance

Pemilik rumah boleh juga membuat refinance untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Mengambil kesempatan kadar untung semasa yang lebih rendah atau bertukar kepada pakej yang lebih menarik.
  • Mendapat wang tunai daripada ekuiti hartanah (Jumlah pokok yang sudah terbayar). Wang tunai tersebut boleh diguna untuk tujuan perniagaan. pelaburan dan sebagainya.

Jenis Pakej Yang Ditawarkan

Fixed Rate Loan.
Kadar faedah yang tetap di sepanjang tempoh pembiayaan. Ianya sesuai untuk peminjam yang ingin pembayaran ansuran yang tetap dan stabil tanpa dipengaruhi oleh turun naik kadar faedah.

Pembiayaan Floating Rate
Pinjaman perumahan floating rate bermaksud kadar faedah turun naik mengikut BLR atau Base Rate. Apabila kadar interest naik, peminjam perlu membayar ansuran bulanan yang lebih atau tempoh pembayaran dilanjutkan.

Pinjaman Islamik
Pakej pembiayaan ini mematuhi hukum syariah. Ianya berasaskan prinsip Murabahah, Bai ‘Bithaman Ajil (BBA) atau Musyarakah Mutanaqisah (MM).

Investors Friendly Loan
Pinjaman perumahan tanpa lock in period iaitu tempoh di mana peminjam akan dikenakan penalti sekiranya membuat penyelesaian awal. Pakej pinjaman ini sesuai untuk pelabur yang ingin menjual dengan cepat.

Pembiayaan Perumahan Flexi
Pakej pembiayaan ini sesuai untuk ahli perniagaan kerana ianya membolehkan mereka membuat pra-pembayaran dengan aliran tunai tambahan daripada perniagaan mereka. Sebarang pra-pembayaran akan offset jumlah pokok dan membolehkan peminjam jimat interest.

Zero Moving Cost Loan
Zero moving cost bermaksud peminjam tidak perlu membayar yuran dokumentasi, bayaran penilaian dan duti setem semasa memohon pinjaman. Pakej ini sesuai untuk peminjam yang tidak cukup dana.

Perkhidmatan Kami

Tidak kira sama ada anda membeli rumah baru atau ingin refinance, perunding kewangan kami boleh membantu anda mencari pakej pembiayaan yang paling menarik. Kami juga membantu pemohon-pemohon yang menghadapi masalah.
perkhidmatan-kami

Hubungi Perunding Kami

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan perundingan yang ditawarkan perunding secara percuma, sila isi borang di bawah:

Nama :
E-mail :
No. Telefon :
Harga Hartanah:
Jenis Pinjaman : Beli Hartanah         Refinance
Blacklist? Ya                            Tidak

Komen :