Jun 13, 2016

Pembiayaan Peribadi MBSB

MBSB merupakan sebuah institusi berjadual di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA). Oleh kerana MBSB merupakan syarikat kewangan berkecuali yang membolehkan MBSB menjalankan perniagaan pembiayaan kewangan tanpa lesen perbankan. Oleh kerana MBSB bukan koperasi dan tidak dibawah naungan Suruhanjaya Koperasi Malaysia. Ianya juga bukan bank jadi ianya terkecuali dari sesetengah syarat-syarat ketat yang dikenakan oleh Bank Negara ke atas bank-bank komersil di Malaysia.

Latarbelakang MBSB

Sejarah awal Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bermula sejak tahun 1950. Ianya telah berkembang pesat dan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada 14 Mac 1972. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan pemegang saham utama.

MBSB menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan yang inovatif. Antaranya adalah Pembiayaan Peribadi-i yang berlandaskan prinsip syariah Tawarruq yang melibatkan pembelian dan penjualan sesuatu komoditi antara pembeli dengan penjual. Konsep Tawarruq bermaksud pembeli tidak berniat untuk menggunakan atau memanfaatkannya tetapi hanya ingin menjualnya semula bagi memperoleh wang tunai. Pakej ini ditawarkan kepada kakitangan kerajaan dan badan berkanun.

Pakej Pembiayaan Peribadi

Antara kelebihan Pakej pinjaman peribadi MBSB adalah kadar untung yang sangat kompetitif dengan payout tinggi tanpa caj dan fi tersirat. Kelulusan juga cepat dan permohonan mudah kerana penjamin dan cagaran tidak diperlukan. Pembayaran balik melalui potongan Biro Angkasa atau Akauntan Negara (AG)

Ibu Pejabat MBSB