Semakan Blacklist PTPTN

ptptn
Oleh kerana ramai peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang mereka, PTPTN telah menyenaraikan peminjam ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) mulai Januari 2015 sebagai satu langkah untuk menggalakkan pembayaran balik. Justeru, PTPTN juga telah mengesan peminjam-peminjam penjawat awam yang ingkar untuk dimasukkan ke dalam CRISS.

Kesan CCRIS

kesan tidak membayar ptptn

CCRIS adalah satu sistem untuk mengumpul maklumat kewangan peminjam oleh Bank Negara untuk dijadikan rujukan dan penilaian. Adalah amalan biasa institusi kewangan untuk menyemak rekod CCRIS pemohon pinjaman sebelum meluluskan pinjaman.

Kesannya jika nama disenarai hitam menerusi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) ini bermakna peluang untuk mendapatkan kelulusan pinjaman dari semua institusi kewangan, termasuk permohonan pinjaman peribadi, kad kredit, perumahan dan kenderaan akan terhalang

Peminjam yang menghadapi masalah bayaran balik pinjaman boleh bertemu wakil PTPTN untuk rundingan, bagi menguruskan penstrukturan semula jadual pembayaran.

Senarai Hitam Imigresen

PTPTN juga telah mengambil tindakan tegas dengan menyenaraihitamkan peminjam ingkar daripada keluar negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia.

Anda dinasihatkan untuk membuat semakan blacklist Imigresen atau pasport ini sebelum merancang ke luar negara bagi mengelakkan sebarang masalah apabila mengetahui pasport mereka tidak sah, sewaktu tiba di lapangan terbang untuk ke luar negara.

Sekiranya anda telah disenaraihitam, sila buat rundingan dan menjelaskan amaun yang dipersetujui bersama tujuh (7) hari sebelum bertolak ke Luar Negara dan memaklumkannya kepada PTPTN selepas bayaran tersebut dibuat.

Semakan Senarai Hitam

Sila lawat pautan imigresen – semakan blacklist imigresen secara online.