Pinjaman Bercagaran dan Tanpa Cagaran – Yang Mana Lebih Baik?

Pembiayaan Bercagar

Pinjaman peribadi bercagaran memerlukan pemohon untuk mencagarkan aset-aset yang dimilki seperti rumah, kereta, deposit dan lain-lain aset. Sekiranya peminjam tidak dapat membayar balik hutang, bank berhak merampas dan lelong aset yang dicagar untuk mendapat balik jumlah yang masih dihutang.

Kelebihan

Tiga ciri yang membezakan pinjaman bercagaran adalah:

Kadar Faedah Rendah

Kadar faedah untuk pinjaman bercagaran lebih rendah kerana dari perspektif bank ianya kurang berisiko.

Jumlah Pinjaman Besar

Jumlah maksima pinjaman bercagaran juga lebih tinggi daripada pinjaman yang tanpa cagaran kerana risiko kepada bank rendah.

Kelemahan

Insurans Wajib

Biasanya peminjam wajib membeli insurans untuk melindungi aset yang dicagar sekiranya ansuran gagal dibayar kerana kematian atau hilang upaya.

Proses Lambat

Oleh kerana ia memerlukan lebih dokumentasi maka proses penilaian dan kelulusan lebih lambat dari pinjaman yang tidak bercagar.

Risiko Tinggi

Sekiranya tidak dapat berbayar ansuran, aset akan dilelong oleh bank. Oleh itu perlu berhati-hati sebelum meminjam pinjaman bercagar.

rumit

Kelulusan Rumit

Kelulusan amat bergantung kepada nilai aset yang dicagarkan. Saiz pinjaman tidak boleh melebihi nilai pasaran aset.

Pinjaman Tidak Bercagar

Pinjaman tidak bercagar tidak memerlukan cagaran. Oleh kerana risiko kepada bank lebih tinggi, maka kadar faedah yang dikenakan juga lebih tinggi. Kebanyakan pakej pinjaman peribadi di Malaysia adalah pinjaman tanpa bercagar. Ciri-ciri pembiayaan tidak bercagar adalah seperti berikut:

Kelebihan

mudah

Permohonan Mudah

Pemohon hanya perlu menunjukkan slip gaji, penyata bank dan penyata cukai pendapatan sebagai bukti pekerjaan dan pendapatan.

fast

Kelulusan Cepat

Kelulusan dan pengeluaran tunai sepantas sejam. Bank hanya perlu mengesahkan pekerjaan dan pendapatan serta mempunyai sejarah kredit, yang memuaskan.

Kelemahan

sedikit

Jumlah Pinjaman Rendah

Biasanya saiz pinjaman tanpa cagaran adalah kecil dan tempoh pembayaran balik lebih kurang 3 -5 tahun.

int-high

Kadar Faedah Lebih Tinggi

Bank biasanya mengenakan kadar interest tinggi kerana risiko tidak dapat mengutip balik wang yang dipinjamkan adalah lebih tinggi.

Nota. Jumlah maksima pinjaman tanpa cagaran rendah kecuali pinjaman untuk penjawat awam dimana maksimum loan boleh mencapai RM400 ribu dan tempoh pinjaman 10 tahun.