KOPSYA Bantu Penjawat Awam Bebas Dari Hutang Bank

Skim pembiayaan peribadi terbaru РKopsya, berupaya membantu penjawat awam elak dikenakan kadar faedah bank yang tinggi. Ditubuhkan hasil kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), skim Kopsya atau nama penuhnya skim Koperasi Pembiayaan Syariah bermatlamat menawarkan pembiayaan peribadi alternatif kepada penjawat awam dengan kadar untung yang lebih rendah berbanding bank.

Bantu Elak Muflis

Menurut Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, Kopsya juga membantu penjawat awam yang tidak dapat melangsaikan hutang bank daripada diistiharkan muflis. Ini kerana skim pembayaran balik Kopsya adalah melalui potongan gaji mandatori. Tambahan lagi, Kopsya hanya meminjam kepada penjawat awam mengikut kemampuan gaji.

Bantu Jimat Interest

Lagi satu ciri menarik tentang skim yang berlandaskan hukum Syariah ini adalah peminjam tidak dikenakan cukai perkhidmatan sekaligus menjadikan skim pembiayaan Kopsya menarik dan kompetitif berbanding pakej-pakej pembiayaan peribadi konvensional bank-bank komersil.

Angkasa telah memperuntukkan dana kira-kira RM5 juta hingga RM10 juta dibawah skim ini. Kemudahan pinjaman peribadi Kopsya hanya ditawarkan kepada anggota Kopsya. Sekiranya anda ingin memohon pinjaman ini, anda perlu berdaftar sebagai ahli Kopsya.

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Pemohon mesti warganegara malaysia yang bermastautin di Malaysia
  • Umur pemohon sekurang-kurangnya 18 tahun keatas
  • Bukan seorang Bangkrap. Blacklist bank masih layak.
  • Skim ini untuk penjawat awam sahaja