Mengapa Saya Gagal Meminjam? Enam Faktor Utama Permohonan Anda Ditolak.

Jumlah kelayakan maksima bergantung kepada beberapa faktor:

Pendapatan Tetap


Lebih tinggi pendapatan lebih tinggi kelayakan. Bank hanya akan mengambilkira pendapatan tetap. Elaun sementara dan overtime tidak diambilkira.

Komitmen Hutang


Kebanyakan bank menggunakan Debt Service Ratio 60% untuk mengira kelayakan. Semakin tinggi bebanan hutang, semakin rendah jumlah kelayakan.

Umur Pemohon


Umur menentukan tempoh pembayaran. Peminjam yang akan bersara tidak lama lagi hanya dapat meminjam sedikit kerana tempoh pembayaran singkat.

Skor Kredit


Skor kredit merupakan perkiraan yang mangambilkira rekod pembayaran hutang pemohon. Ia menentukan sama ada pinjaman diluluskan atau tidak.

Majikan


Sekiranya anda bekerja dengan kerajaan dan boleh membuat pembayaran ansuran melalui potongan Biro Angkasa, had pinjaman anda lebih tinggi.

Status Kerja


Kebanyakan pakej pembiayaan peribadi hanya membenarkan kakitangan tetap sahaja meminjam. Pekerja kontrak dan sementara tidak layak.