Gagal Meminjam Kerana Komitmen Tinggi? Belajar Formula Bank Untuk Kira Komitmen.

nisbah hutang dan pendapatan

Apakah DSR?

Sebelum bank meluluskan permohonan pinjaman anda, bank akan mengira Debt Service Ratio (DSR). Pemohon yang mempunyai skor DSR yang tinggi dikatakan mempunyai komitmen kewangan yang tinggi.

Bank menggunakan nisbah DSR untuk menilai pemohon pinjaman dari segi keupayaan membayar balik pinjaman yang dipohon.

Kepentingan DSR

DSR merupakan konsep yang penting kerana bank akan menggunakannya untuk menentukan sama ada untuk meluluskan pinjaman dan juga amaun yang layak dipinjam.

Tentukan Layak Atau Tidak

DSR tentukan pinjaman lulus atau tidak Perkiraan DSR akan menentukan sama ada anda masih ada kelayakan.

Tentukan Jumlah Yang Layak

DSR tentukan jumlah pinjaman yang layakSekiranya layak, DSR juga menentukan jumlah yang layak.

Cara Mengira DSR

Formula DSR mengambilkira jumlah pendapatan dan jumlah ansuran hutang yang perlu dibayar. Dengan perkiraan DSR bank boleh menentukan sama ada anda mampu membayar ansuran pinjaman yang ada sedang memohon. Perkiraan DSR amat mudah dan melibatkan tiga langkah.

Langkah 1 – Jumlah semua pendapatan

Ini termasuk gaji bersih termasuk elaun-elaun tetap. Overtime dan pendapatan bukan tetap tidak diambilkira. Hanya jumlahkan pendapatan yang dapat dibuktikan atau disokong oleh dokumentasi seperti slip gaji, penyata EPF atau penyata cukai pendapatan.

Langkah 2 – Jumlah semua ansuran hutang

Contoh adalah seperti ansuran pinjaman kereta, pembiayaan perumahan dan ansuran pinjaman peribadi. Masukkan juga bayaran minima setiap kad kredit yang anda miliki.

Langkah 3 – Jumlah Ansuran bahagi Jumlah Pendapatan

Contoh – jumlah semua pendapatan anda adalah RM5000 dan ansuran hutang anda setiap bulan adalah RM2500. Maka DSR anda adalah 2500 / 5000 = 50%.
Secara umum, bank-bank di Malaysia akan menolak permohonan daripada pemohon yang mempunyai komitmen kewangan yang tinggi iaitu DSR melebihi 60%.

Dalam contoh di atas, sekiranya komitmen ansuran naik kepada RM3000 maka anda akan sampai had kelayakan 60%. (RM3000 / RM5000 = 60%). Oleh kerana jumlah komitmen ansuran hutang hanya RM2500 maka anda mempunyai ruang untuk membuat pinjaman baru dengan ansuran bulanan sebanyak RM500 sebulan.

Perlu diingatkan bahawa had kelayakan DSR 60% hanya garis panduan kasar. Bank anda mungkin menggunakan nisbah yang berbeza.

Faktor-Faktor Lain

Kelulusan permohonan pinjaman dan saiz pinjaman juga bergantung kepada factor lain seperti pekerjaan anda.

Golongan Professional

golongan Sekiranya anda berada dalam golongan professional dengan pendapatan tinggi, bank akan meninggikan had DSR anda.

Gaji Tidak Stabil

stabil Sekiranya pendapatan anda kurang stabil, contoh anda kerja dalam bidang sales, bank akan mengurangkan had DSR anda.

Perlu diingati, perkiraan nisbah DSR hanya merupakan satu factor penilaian. Kejayaan permohonan pinjaman juga bergantung kepada rekod pembayaran hutang anda dan prospek industri pekerjaan anda.

Tips Permohonan Pinjaman

Tips Pinjaman
Sekiranya anda gagal memohon pinjaman disebabkan oleh komitmen tinggi, anda boleh cuba di bank-bank lain kerana kriteria penilaian setiap benk berbeza.