Apakah Pinjaman Khusus? Mengapa Ianya Lebih Baik Daripada Pinjaman Peribadi?

pinjaman khusus dengan pinjaman peribadi

Pinjaman peribadi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Pemohon tidak perlu memberitahu bank tentang tujuan penggunaan wang pinjaman semasa permohonan.
Pinjaman khusus (specialized loan) seperti pinjaman kenderaan, perumahan, perniagaan dan pendidikan mempunyai penggunaan yang khusus. Pemohon tidak dibenarkan menggunakan dana pinjaman untuk tujuan-tujuan lain.

Secara umum, sekiranya anda sudah kenalpasti kegunaan wang daripada pinjaman, adalah lebih baik anda memohon pinjaman khas untuk tujuan tersebut. Ini kerana anda boleh dapat terma dan syarat-syarat yang lebih baik.

Kelebihan pinjaman khusus

Berikut adalah beberapa kelebihan pinjaman khusus:

Kadar Faedah Lebih Rendah

Kadar faedah pinjaman peribadi swasta rata-ratanya antara 6% – 10%. Akan tetapi kadar faedah untuk pinjaman perumahan dan pinjaman kereta daripada bank yang sama adalah lebih rendah. Risiko yang ditanggung oleh bank lebih rendah kerana ianya adalah pinjaman bercagaran. Tambahan lagi risiko yang ditanggung oleh bank sangat tinggi dalam pinjaman peribadi kerana bank tidak tahu tujuan kegunaan wang pinjaman.

Lebih Manfaat

Pemberi pinjaman juga menawarkan lebih manfaat untuk peminjam. Contoh:
Bank menawarkan kadar lebih rendah sekiranya peminjam pinjaman perumahan juga membeli insurans daripada mereka. Ataupun bank boleh memberi pinjaman tambahan untuk ubahsuai rumah dengan kadar interest yang sangat menarik.

PTPTN memberi pinjaman pendidikan dengan kadar rendah termasuk diskaun sekiranya mendapat keputusan peperiksaan yang baik. Sekiranya dalam 1st class, pinjaman tersebut tidak perlu dibayar balik.
Pinjaman perniagaan daripada TEKUN, MARA dan SME Bank ditawarkan bersama bantuan dan khidmat perundingan percuma dengan seminar-seminar bagaimana Berjaya dalam perniagaan.

Masalah Pinjaman Khusus

Cagaran

Pinjaman Perumahan dan pinjaman kereta adalah pinjaman bercagaran. Sekiranya tidak dapat membayar balik ansuran, maka bank berhak lelong rumah atau kereta anda untuk mendapat balik hutang pinjaman yang masih belum bayar.

Permohonan Leceh

Berbanding dengan permohonan pinjaman peribadi, permohonan untuk pembiayaan rumah, kereta dan perniagaan memerlukan lebih dokumen dan lebih lama untuk diluluskan. Lebih-lebih lagi pinjaman perniagaan yang memerlukan penyediaan kertas kerja yang lengkap dan site visit daripada pihak peminjam.