Perbankan Islamik Semakin Popular. Tiga Sebab Utama Pelanggan Tertarik.

Perbankan berlandaskan konsep islamik semakin popular bukan sahaja dikalangan umat islam malah semakin ramai pelanggan bukan islam memilih pakej islamik berbanding pakej konvensional. Berikut adalah tiga prinsip asas perbankan islamik yang menarik minat ramai peminjam.

1. Tanpa Riba

Perbankan konvensional mengenakan interest.
Perbankan syariah tidak ada riba. Konsep yang digunakan termasuk:

riba

  • akad murabahah atau perjanjian jual beli
  • ijarah wa iqtina (kontrak sewa-beli dengan opsyen hakmilik)
  • musharakah mutanaqishah (perkongsian modal)

Murabahah

Di bawah perjanjian Murabahah, Bank akan membeli aset atau komoditi dan menjual aset atau komoditi tersebut balik kepada pelanggan dengan kadar untung yang ditetapkan.

Sebagai contoh, sekiranya pelanggan ingin mendapat pinjaman kereta. Bank akan membeli kereta dan menjual balik kepada peminjam dengan kadar untung yang ditetapkan. Peminjam akan membayar bank secara ansuran setiap bulan pada amaun dan tempoh yang dipersetujui.

Ijarah Wa Iqtina

Di bawah konsep ijarah wa iqtina, bank akan membeli aset dan membenarkan peminjam menggunakan aset tersebut untuk tempoh yang tertentu di bawah perjanjian sewa beli. Pada penghujung tempoh tersebut, peminjam boleh memilih untuk membeli aset tersebut.

Mutanaqishah

Di bawah prinsip mutanaqishah, bank dan peminjam akan berkongsi modal untuk membeli aset. Hakmilik aset dikongsi oleh bank dan peminjam. Contoh: Pembeli kereta boleh mengeluarkan 40% daripada modal dan baki 60% dibiayai oleh bank. Kemudian pembeli boleh membeli syer kereta 60% daripada bank.

Semua transaksi pinjaman berdasarkan untung atau rugi daripada urusniaga jual beli aset dan perkongsian hakmilik serta risiko (Mudarabah, Musharakah).

2. Perkongsian Risiko

risk Dalam perbankan konvensional, peminjam bertanggungjawab menanggung 100% risiko membayar balik pinjaman. Di bawah perbankan syariah, risiko pembelian aset dikongsi bersama bank dan peminjam.

Contoh, sekiranya pemilik perniagaan memohon pinjaman perniagaan. Di bawah perbankan konvensional, pemilik perniagaan bertanggungjawab membayar balik pinjaman walaupun perniagaannya rugi. Akan tetapi di bawah perbankan syariah, bank juga perlu menanggung kerugian bersama pemilik perniagaan.

3. Aktiviti Halal

halalDalam perbankan konvensional, peminjam berhak menggunakan wang pinjaman untuk tujuan halal dan tidak halal. Di bawah perbankan syariah, dana pinjaman hanya boleh digunakan untuk tujuan dan aktiviti halal sahaja.