Hutang Kad Kredit Melambung? Tukarlah ke Bank Yang Tawar Zero Interest Kredit Transfer.

Pemindahan hutang kad kredit zero interest

Maksud Balance Transfer

Ia boleh dianggap sebagai pinjaman dimana bank baru meminjam duit kepada anda untuk overlap hutang-hutang kad kredit dengan syarat anda menguna kad kredit mereka. Sebagai insentif, bank tidak akan caj sebarang interest untuk sesuatu tempoh terterntu biasanya 6 bulan atau setahun. Balance transfer merupakan teknik pemasaran yang kerap diguna oleh syarikat kad kredit dan bank-bank untuk menarik lebih pelanggan.

Manfaat Kepada Pemegang Kad

Balance transfer membantu pemegang kad kredit dari dua segi:

Jimat Faedah

Zero interest credit transfer bantu anda jimat faedah
Anda dapat menikmati 6 atau 12 bulan tanpa interest. Ini adalah peluang untuk menjelaskan hutang kad kredit tanpa interest yang semakin bertimbun.

Penggabungan Hutang

Pemindahan kredit menggabungkan semua hutang ke dalam satu kad
Semua hutang kad-kad kredit daripada beberapa bank akan digabungkan ke dalam satu kad kredit sekaligus memudahkan pembayaran hutang kad kredit.

Syarat Kelayakan

Anda mesti mempunyai rekod pembayaran kad kredit yang baik Bukan semua pemegang kad kredit layak Zero Interest Balance Transfer. Ini kerana bank hanya akan meluluskan permohonan anda sekiranya skor kredit khasnya rekod pembayaran hutang kad kredit anda memuaskan. Ini kerana bank hanya akan menarik pelanggan yang berkualiti tinggi daripada bank-bank lain.

Keburukan Balance Transfer

Walaupun Balance Transfer membawa banyak manfaat kepada pemegang kad kredit, namun ada dua perkara yang tidak disedari oleh ramai pemegang kad kredit.

Fi atau Yuran

fi atau yuran credit transfer
Balance transfer melibatkan fi atau yuran – biasanya lebih kurang 3% dari amaun hutang. Anda masih untung kerana fi ini lebih rendah daripada penjimatan interest.

Kadar Interest Tinggi

Kadar faedah tinggi selepas tempoh zero interest
Sekiranya anda gagal membayar segala hutang yang dipindahkan dalam tempoh zero interest rate (6 – 12 bulan), baki hutang belum berbayar akan dikenakan interest sangat tinggi.

Rumusan

Zero interest balance transfer memanfaatkan pemegang kad kreditSecara umum, balance transfer adalah sesuatu yang amat memanfaatkan pemegang kad kredit khasnya mereka yang terpaksa menanggung interest tinggi kerana tidak dapat membayar full payment setiap bulan. Tetapi anda perlu membayar balik sepenuh atau sebahagian besar hutang tersebut sebelum tempoh zero interest rate tamat untuk elak interest tinggi.