Amalkan Lima Tabiat Mudah Ini. Anda Pasti Hidup Senang Tanpa Hutang.

Berikut adalah tips-tips yang amat berguna untuk membantu anda menangani masalah kewangan yang berpunca daripada pengurusan kewangan yang lemah. Dengan mengamalkan tips dibawah, anda akan mula mengawal situasi kewangan anda dan ianya akan membantu anda mencapai matlamat kewangan anda.

Bayar diri anda dahulu

pay-yourself-firstSetiap bulan, asingkan 10% daripada gaji bulanan untuk simpanan. Buka akaun baru dan pilih untuk tidak mengambil kemudahan kad ATM. Jangan sentuh wang ini melainkan ada kecemasan.

Mulakan Perancangan Kewangan atau Bajet

budgetingBajet melibatkan analisa pendapatan dan perbelanjaan anda. Anda perlu merancang perbelanjaan anda supaya tidak terlebih belanja. Pelan bajet anda dengan cermat dan anda akan mencapai matlamat kewangan anda.

Tabiat Menabung

savingsAmalkan tabiat menabung sebagai budaya hidup. Mulakan simpanan anda HARI INI. Alasan utama adalah saya tidak mempunyai wang berlebihan untuk simpanan. Alasan ini menyebabkan ramai yang berpendapatan tinggi miskin. Mereka yang mengamal tabiat menabung kaya walaupun berpendapatan rendah. Anda juga perlu mengetahui konsep faedah berganda (compound interest) di mana anda membuat komitment menabung setiap bulan (walaupun sedikit), anda akan jadi kaya dengan konsep compound interest.

Hidup ikut Kemampuan Anda

budgetAnda juga perlu menyimpan untuk kehidupan selepas bersara. Jadi amalkan tabiat menyimpan dan yang paling penting – hidup mengikut kemampuan anda. Ramai yang melakukan kesilapan apabila tiba-tiba mendapat kenaikan dalam gaji, perbelanjaan mereka juga naik malah lebih tinggi daripada kenaikan gaji. Ramai yang mengamalkan gaya hidup glamour sebenarnya miskin!

 Pinjaman & Kredit

loanAnda perlu berwas-was apabila membuat pinjaman. Pastikan anda tidak meminjam berlebihan. Ketahuilah tujuan pinjaman dan kemampuan anda untuk membayar semula. Hindari daripada penggunaan kad kredit kerana interestnya tinggi. Pastikan anda membayar hutang kad kredit anda sepenuhnya setiap bulan