Pernah Lihat Laporan CCRIS? Penjelasan Setiap Bahagian Dalam Laporan CCRIS.

Memahami Laporan CCRIS

Nota: Sumber gambar CCRIS report dari loanstreet.com.my. Sila klik imej untuk gambar lebih besar.

Memahami CCRIS Report

A. Akaun Rekod Cemerlang
Jenis individu pinjaman tertunggak, seperti pinjaman perumahan, pinjaman kereta, kad kredit, pinjaman peribadi, overdraf bank, dan lain-lain, yang juga termasuk jumlah pinjaman dan had yang cemerlang, sama ada peminjam dan status tindakan undang-undang.

B. Akaun Prihatin (Special Attention)
Ruangan ini mempamerkan akaun-akaun yang mememerlukan perhatian khas kerana rekod pembayaran yang kurang memuaskan seperti AKPK dan Blacklist.

C. Permohonan Pinjaman
Ruangan ini mempamerkan semua permohonan pembiayaan yang pernah di buat dalam tempoh satu tahun. Butir-butir termasuk jumlah yang dipohon dan sama ada lulus atau ditolak.

D. Jumlah pinjaman terkumpul
Ruangan ini menunjukkan jumlah pinjaman peribadi yang masih tertunggak.

E. Had pinjaman
Data dalam ruangan ini adalah Jumlah kuota atau jumlah pinjaman asal.

F. Rekod Pembayaran
Ruangan ini mempamerkan rekod pembayaran dalam tempoh 12 bulan yang lepas.

Tip-tip Memperbaiki Laporan CCRIS

Berikut adalah tip-tip untuk memperbaiki rekod CCRIS demi meningkatkan peluang berjaya memohon pinjaman:

  • Pembayaran Hutang. Pastikan anda tidak terlewat bayar.
  • Hutang Kad Kredit. Pastikan anda bayar sepenuh dan penggunaan tidak terlalu tinggi.
  • Bilangan Kad Kredit. Simpan satu atau dua kad kredit sahaja. Batal yang selebihnya.
  • DSR (Debt Service Ratio). Pastikan komitmen hutang bulanan rendah berbanding dengan pendapatan bulanan anda.
  • Jika anda mempunyai rekod pembayaran lewat, tunggu 12 bulan sebelum mengemukakan permohonan pinjaman baru.