Apakah CCRIS? Apakah Institusi Kewangan Yang Terlibat?

Apakah Sistem CCRIS?

Apabila anda memohon pinjaman, pemberi kredit akan membuat semakan tentang rekod kredit anda. Salah satu cara untuk mengetahui anda dari segi rekod pembayaran balik hutang adalah melalui rekod CCRIS yang bermaksud “Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat” Sistem pangkalan data CCRIS dikendalikan oleh Biro Kredit Bank Negara dan pada hari ini mengandungi maklumat kredit kira-kira 9 juta peminjam di Malaysia yang terdiri daripada individu, perniaga tunggal, perkongsian dan syarikat.

Institusi Kewangan Yang Terlibat

CCRIS berfungsi secara automatik memproses data kredit yang diterima daripada institusi kewangan dan mengabungkan semua maklumat tersebut ke dalam laporan kredit, yang boleh disediakan kepada institusi kewangan di atas permintaan.
Institusi kewangan yang terlibat dalam memberi maklumat kepada Biro Kredit termasuk:

  • Bank-bank perdagangan
  • Bank-bank Islam
  • Bank-bank Pelaburan
  • Bank Pembangunan
  • Syarikat Insurans
  • Pengeluar Instrumen Pembayaran
  • Institusi Pemulihan Kredit
  • Syarikat Kredit atau Pajakan
  • MBSB

Jenis maklumat mengenai peminjam yang disalurkan kepada Biro Kredit adalah seperti jenis kemudahan kredit, had kredit, baki belum jelas, pengendalian akaun dan status tindakan undang-undang, jika ada.