Ogos 25, 2016

Pakej Pinjaman Bank Untuk Penjawat Awam

Pinjaman Peribadi Bank Swasta

Berikut adalah senarai skim pembiayaan peribadi dari bank-bank komersil di Malaysia yang popular di kalangan penjawat awam. Walaupun kadar untung sangat menarik, namun syarat kelayakan ketat. Pemohon yang mempunyai rekod kredit kurang memuaskan seperti CTOS, CCRIS dan komitmen tinggi akan ditolak.

Pembiayaan Peribadi Bai Al Enah PIBB

Pinjaman berlandaskan syariah dengan kadar 4.38% ini terbuka khas kepada kakitangan kerajaan berstatus tetap dengan gaji RM1,500 ke atas. Had pembiayaan RM150 ribu. Kelulusan pemohon yang ada blacklist berbeza ikut kes. kelulusan 14 hari. Pemohon yang lulus perlu menandatangai perjanjian di cawangan bank paling dekat. Maklumat lanjut …BAE PIBB

Bank Persatuan Malaysia

Co-opbank Persatuan menawarkan skim pembiayaan persendirian i-Lestari prinsip islamik Tawarruq kepada anggota-anggotanya. Kadar untung sangat rendah (dari 3.90%). Kelulusan segera. Had maksima RM200,000. Hanya ditawarkan kepada kakitangan sektor kerajaan dan GLC yang telah berkhidmat minima 3 bulan atau status kontrak bersambung melebihi 2 tahun perkhidmatan. Ada perlindungan Skim Takaful Keluarga Berkelompok. Maklumat lanjut … Bank Persatuan

Bank Islam Malaysia Berhad

Kadar asas atau kadar terapung 3.90% Tertakluk kepada amaun maksimum RM200,000. Ada Fi Wakalah agen kepada borker RM50. Tanpa caj terselindung dan fi pemprosesan. Kaedah pembayaran melalui pindahan gaji ke Bank Islam dengan arahan Autodebit.

MBSB

Kadar pakej pembiayaan peribadi Mumtaz-I 3.80% (10 tahun). Pre-approval 4 jam. Processing time 2 days (express) seminggu (biasa). Sesuai overlap hutang lain kerana kadar rendah. Akan tetapi, syarat kelayakan ketat. MBSB tidak menerima pemohon blacklist. Ia juga mengambil kira semua tanggungan kewangan (dalam dan diluar slip gaji) semasa mengira DSR (debt service ratio 60%). Makumat lanjut … Pinjaman MBSB

Al Rajhi Bank

Al Rajhi bank menawarkan skim pinjaman peribadi berdasarkan konsep islam Bai-Bithaman Ajil. Al Rajhi Personal Financing-i tidak mengenakan caj penalti untuk pembayaran lambat dan tidak ada compound interest. Ia sesuai untuk peminjam yang ingin dapat duit segera sehingga 5 kali gaji kasar.

AEON i-Cash

Pinjaman berdasarkan konsep syariah Bai Al-Inah. Kadar untung menarik 0.8% sebulan. Dokumentasi dah permohonan mudah. Loan tenure sehingga 64 bulan. Terbuka walaupun hari Ahad. Sesuai untuk pemohon yang perlukan duit segera. Maklumat lanjut …AEON i Cash