Disember 21, 2015

Pembiayaan Bank Persatuan

Pembiayaan peribadi Bank Persatuan untuk penjawat awam

Latar Belakang

Bank Persatuan (nama penuh Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad) beribu pejabat di Pulau Pinang. Objektif penubuhan Bank Persatuan adalah untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi anggota-anggota dengan menjalankan urusniaga perbankans serta memenuhi keperluan sosial anggota hasil daripada keuntungan yang diperolehi seperti khairat kematian, dermasiswa, skim-skim kebajikan, rawatan perubatan dan perlindungan takaful.

Sejak penubuhan, ianya telah berkembang pesat. Prestasi Bank Persatuan amat mengagumkan dan ia telah memenangi banyak anugerah. Hari ini, Bank Persatuan mempunyai 15 cawangan yang kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia.

Pada hujung tahun 2009, Bank Persatuan mula menyediakan kemudahan pembiayaan koperasi berasaskan hukum secara syari’ah Musyarakah Mutanaqisah kepada ahli-ahlinya.

Pakej Pembiayaan i-Lestari

Pakej pembiayaan peribadi Bank Persatuan sangat menarik dengan kadar untung hanya 3.90%. Tempoh proses juga cepat 5 hari bekerja boleh disburse. Pemohon yang mempunyai komitmen tinggi dan juga intransit mbsb masih boleh memohon kerana ia tidak mengambilkira kes in-transit.

Akan tetapi, pinjaman bank Persatuan hanya untuk penjawat awam kerajaan pusat sahaja dengan AG payslip.

Alamat Ibu Pejabat