Januari 12, 2016

Bai Al Enah (BAI) Pembiayaan Peribadi-i

Pinjaman BAE PIBB islamik

Pembiayaan Islamik berlandaskan Syariah yang sesuai untuk pembiayaan jangka pendek dan jangka sederhana. Ditawarkan oleh Public Bank Islamik. Ianya sangat popular di kalangan penjawat awam kerana kadar yang rendah.

Keistimewaan –┬áKadar untung rendah iaitu 3.99%. Payout tinggi sehingga 96%. Tidak ada yuran bulanan seperti pinjaman koperasi. Penjamin dan cagaran tidak diperlukan. Tunai minimum RM5,000 hingga maksimum RM150,000.

Senarai Majikan

Kakitangan kerajaan dan badan berkanun di seluruh Malaysia termasuk di Sabah & Sarawak layak memohon. Public Bank juga menerima pemohon kakitangan GLC yang mempunyai potongan Biro Angkasa layak (TNB, TM, PLUS, UNITEN, SME Bank, MARA, UNIKL, FELCRA, BSN dan sebagainya juga layak. Tempoh khidmat mesti sekurang-kurangnya setahun.

Perlindungan Takaful

Setiap pemohon dimestikan mengambil insurans perlindungan dari AIA Public Takaful Berhad atau Takaful Ikhlas Bhd yang meliputi kematian (death) dan hilang upaya kekal dan menyeluruh(total permanent disability). Sumbangan perlindungan takaful akan ditolak daripada amaun pembiayaan yang diluluskan. Semasa memohon, peminjam mesti menyatakan jenis penyakit yang sedang dihadapi. Sekiranya pemohon gagal mengistiharkan 100% maklumat, maka manfaat perlindungan akan dilucuthakkan.

Nota: Selain daripada perlindungan takaful, pemohon juga dikenakan fi dan yuran seperti duti setem ke atas perjanjian jualan aset dan surat tawaran. Namun, jumlah fi hanya dikenakan sekali dan adalah sangat rendah berbanding dengan yuran bulan koperasi.

Alamat Public Islamik Bank