Pinjaman Kerajaan & Swasta

Pusat Sehenti Segala Pinjaman Peribadi

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

Posted on | July 1, 2010 | Comments Off

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia dengan objektif untuk secara proaktif memastikan sektor isi rumah terus berdaya tahan dengan menyediakan saluran bagi peminjam individu dan bakal peminjam mendapatkan nasihat dan bantuan berhubung dengan pengurusan kredit dan, pada masa yang sama, menggalakkan sistem perbankan yang teguh dan mantap dengan memudahkan usaha pembayaran balik hutang dan meminimumkan kes-kes tidak berbayar akibat daripada pengurusan hutang yang kurang cekap.

Misi AKPK adalah untuk “Mengamalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup”. Adalah menjadi matlamat kami untuk memastikan secara proaktifnya bahawa warga Malaysia terus berdaya tahan dan berhemah dalam menguruskan kewangan mereka.

AKPK memberi kaunseling dan nasihat secara bersemuka mengenai pengurusan kewangan. Topik yang biasa dibincang merangkumi penyediaan belanjawan, pengurusan wang serta isu-isu berkenaan kredit. Anda dapat mempelajari cara-cara menangani hutang secara lebih bertanggungjawab serta hal-hal kewangan yang lain demi kemudahan masa depan anda.  Secara kasar, bantuan AKPK dapat dikategorikan kepada tiga kategori utama:

Pendidikan Kewangan

  • Program pendidikan kewangan untuk kemahiran asas pengurusan wang dan juga tip bagaimana untuk menggunakan kredit secara bertanggungjawab.  

Kaunseling Kewangan dan Nasihat

  • Kaunseling peribadi dan nasihat untuk mengurus kewangan anda dengan bijak – daripada bajet, pengurusan wang dan isu berkaitan dengan kredit. Pelajari bagaimana untuk menangani bebanan kredit dengan penuh tanggungjawab untuk masa depan yang cerah. 

Program Pengurusan Kredit

  • Kawal semula kehidupan anda dan juga bebanan kredit anda. Para kaunselor kami akan bekerja dengan anda untuk menyediakan pelan pembayaran semula pinjaman peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda*.

Perkhidmatan-perkhidmatan di atas disediakan secara percuma untuk semua individu. Kriteria untuk mendapat bantuan daripada AKPK adalah seperti berikut:

  • Anda mempunyai sumber pendapatan yang positif
  •  Jumlah pinjaman anda tidak melebihi RM2 juta
  •  Anda tidak berada di bawah tindakan undang-undang yang telah lanjut
  •  Anda tidak diistiharkan sebagai ‘muflis’

 Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemah Sebagai Budaya Hidup

Comments

Comments are closed.

  • google-plus
  • One Stop Centre

    pakej pembiayaan paling lengkap