Pinjaman Kerajaan & Swasta

Pusat Sehenti Segala Pinjaman Peribadi

Cara Membuat Bajet

Posted on | July 31, 2010 | Comments Off

Bajet merupakan perancangan kita mengenai cara menggunakan pendapatan kita. Kita membuat bajet adalah kerana kita ingin mencapai matlamat kewangan kita dan oleh itu kita perlu merancang. Dalam pepatah bahasa English menyatakan “Failure to plan is planning to fail” yang bermaksud kegagalan untuk merancang sama seperti merancang untuk gagal. Hakikatnya semua yang berjaya dan kaya ada membuat perancangan. Memandangkan perancangan kewangan begitu penting, bagaimana ianya dilakukan? Bagaimana bajet disiapkan?

Menulis bajet sebenarnya mudah sahaja. Bajet mempunyai beberapa komponen asas iaitu pendapatan dan perbelanjaan kita.

Pendapatan

Untuk kebanyakan orang yang makan gaji, pendapatan utama datangnya daripada gaji bulanan mereka. Kadang-kadang selain daripada makan gaji, kita juga mempunyai perniagaan sebagai pendapatan sampingan. Semasa kita membuat bajet anda perlu mendapat angka jumlah pendapatan bulanan anda. Sekiranya anda dapat pendapatan daripada perniagaan yang biasanya tidak tetap maka anda perlu meramal. Bila meramal biarlah ramalan kita konservatif supaya kita tidak akan terlebih belanja. Setelah mengetahui jumlah keseluruhan pendapatan kita, barulah kita boleh merancang apa yang perlu dilakukan dengan wang tersebut.

 Contoh-contoh pendapatan:

  • Gaji pokok
  • Overtime
  • Untung bersih perniagaan
  • Sewa
  • Royalti
  • Untung pelaburan

Perbelanjaan

Maklumat yang perlu kita catat ialah cara kita berbelanja pada akhir bulan. Kita kena tahu ke mana perginya wang gaji kita. Secara kasar, perbelanjaan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

1. Perbelanjaan asas yang tetap

Perbelanjaan asas merupakan pembayaran yang tidak berubah setiap bulan seperti sewa rumah, ansuran pinjaman kereta, ansuran pinjaman rumah, pembayaran balik pinjaman, yuran sekolah atau kolej atau universiti, premium insurans dan lain-lain.

2. Perbelanjaan asas yang berubah

Perbelanjaan berubah merujuk kepada perbelanjaan yang tidak tetap iaitu seringkali meningkat dan kadangkala menurun. Contoh perbelanjaan berubah ialah bil telefon, bil elektrik, bil air, perbelanjaan runcit dan pasar, simpanan (bank, tabung haji, amanah saham), ubat-ubatan dan lain-lain.

3. Perbelanjaan yang boleh dipertimbangkan (discretionary expenses)

Perbelanjaan ini merangkumi semua perbelanjaan kita tidak perlu belanja tetapi ikut kehendak kita. Contoh adalah pakaian, kasut atau tas tangan yang berjenama, pembelian CD, makanan mewah, kereta besar dan sebagainya.

Menilai bajet kita

Sekiranya kita dapati kita banyak menghabiskan wang untuk perbelanjaan yang boleh dipertimbangkan ini, maka semakin kurang wang yang kita ada untuk menabung dan maka semakin susah untuk kita mencapai sasaran kewangan kita. Sekiranya kita selalu berbelanja melebihi pendapatan, kita terpaksa membuat pinjaman peribadi. Jadi untuk mencapai matlamat kewangan, kita perlu berdisiplin.

Kesimpulan

Membuat bajet senang je. Apa yang susah adalah untuk melaksanakannya dan mengamalkannya bulan demi bulan. Bajet kita akan menjadi suatu perancangan yang sungguh penting sehinggakan kita tidak akan membeli atau membayar apa-apa selagi bajet kita tidak mengizinkan. Hanya dengan cara ini sahaja matlamat jangka panjang kita dapat dicapai.

Comments

Comments are closed.

  • google-plus
  • Promosi Awal Tahun 2014

    promosi
  • One Stop Centre

  • Bantuan Selesaikan Masalah
  • Agen Diperlukan